Khamis, 20 September 2012


“ Ibu Ayam “


Senarai keperluan :
1.       Bahan @ peralatan : tiada
2.       Tempat : kawasan lapang
3.       Bil. Kanak-kanak :
a)      Seorang kanak-kanak menjadi seekor ibu ayam
b)      Seorang kanak-kanak menjadi seekor helang
c)       Anak tidak terhad bilangannya iaitu antara 2 hingga 10 orang


Peraturan permainan :
Terdapat dua permainan utama iaitu ibu ayam dan helang. Ibu cuba mempertahankan anak-anak daripada disambar helang.


Cara bermain :
1.       Anak-anak ayam perlu sentiasa berada di belakang ibu ayam bagi mengelakkan ia disambar helang sambil berbunyi, “cip,cip,cip……” bagi menunjukkan rasa takut
2.       Apabila isyarat `mula’ ditunjukkan, helang hendaklah terbang dengan melakonkan aksi burung terbang dan cuba menyerang bagi menangkap anak ayam.
3.       Ibu ayam perlu melindungi anak-anaknya dengan cara mendepakan tangan sambil bergerak ke depan ke belakang seolah-olah hendak mematuk burung helang sambil berbunyi, “kok,kok,kok…..” bagi menunjukkan ia marah
4.       Apabila helang dapat menangkap anak ayam maka anak ayam itu tidak lagi boleh bermain
5.       Tukar kanak-kanak lain jadi helang setiap kali helang yang bermain dalam permainan sebelumnya sudah dapat menangkap anak ayam







“ Ikan Di Dalam Jaring “

Senarai keperluan :
1.       Bahan @ peralatan : tiada
2.       Tempat : kawasan lapang, kolam ataupun laut yang dibina dengan menggunakan kapur ataupun tepung. Ambil kapur dan lukis di atas lantai ataupun guna tepung dan taburkannya di atas rumput. Buatsupaya berbentuk bulat.
3.       Bil. Kanak-kanak : 20 – 25 kanak-kanak


Peraturan permainan :
Ikan dalam jarring perlu keluar daripada jarring sebanyak mungkin


Cara bermain :
1.       10 – 15 kanak-kanak dan berpegang tangan dalam barisan memanjang menjadi jarring
2.       Jarring perlu berada di tepi kolam ataupun di tengah laut
3.       Separuh lagi kanak-kanak daripada kelas itu menjadi ikan
4.       Ikan perlu berada lebih kurang jarak 20 kaki daripada jarring
5.       Kanak-kanak bergerak di dalam kawasan yang ditandakan sebagai kolam. Mereka beraksi seolah-olah sedang berenang
6.       Apabila isyarat `mula’ ataupun wisel dibunyikan, jarring cuba mengepung ikan
7.       Ikan itu boleh melepaskan dirinya dengan berlari menerobos jaring, melompat ke atas ataupun bawah jaring
8.       Ikan tidak boleh berenang keluar dari kawasan kolam
9.       Ikan yang ditangkap dan keluar dari kolam semasa permainan tidak boleh bermain lagi
10.   Ulang permainan dengan bertukar jaring menjadi ikan dan sebaliknya







“ Lembu Kena Kepung “

Tujuan permainan : Mengepung lembu supaya tidak dapat keluar dari kandang

Senarai keperluan :
1.       Bahan @ peralatan : tiada
2.       Tempat : kawasan lapang
3.       Bil. Kanak-kanak : 5 – 10 orang


Peraturan permainan :
Seekor lembu dikepung oleh sekumpulan kanak-kanak yang memegang tangan dalam bulatan


Cara bermain :
1.       Kelas dibahagikan kepada kumpulan kecil. Satu kumpulan lebih kurang 5 hingga 8 orang
2.       Kanak-kanak memegang tangan membentuk bulatan
3.       Seorang kanak-kanak menjadi lembu duduk di tengah bulatan. Sambil beraksi dan bunyi seperti lembu, “moo….moo…moo….”
4.       Lembu cuba keluar dari bulatan dengan menggunakan sebarang cara yang disukai
5.       Apabila lembu dapat keluar ganti dengan kanak-kanak lain untuk menjadi lembu secara sukarela










“Cuit Berantai”

Tujuan permainan : Menangkap seberapa banyak peserta yang dapat

Senarai keperluan :
1.       Bahan @ peralatan : Tiada
2.       Tempat : Kawasan lapang
3.       Bil. Kanak-kanak : Lebih daripada 3 orang


Peraturan permainan :
1.       Siapa yang dicuit perlu masuk barisan
2.       Ahli dalam barisan boleh mencuit seberapa banyak asalkan barisan tidak putus


Cara bermain :
1.       4 hingga 5 kanak-kanak berpegang tangan dalam barisan
2.       Mereka berlari dalam barisan mengejar pemain lain
3.       Hanya pemain hujung dan pangkal boleh mencuit kerana yang lain berpegang tangan
4.       Apabila salah seorang yang dikejar dicuit ia mesti masuk barisan


















“ Tangkap Ekor “

Tujuan permainan : Cuba mengutip seberapa banyak ekor (sapu tangan) dan ekor sendiri tidak hilang

Senarai keperluan :
1.       Bahan @ peralatan : Sapu tangan ataupun tuala kecil
2.       Tempat : Kawasan lapang
3.       Bil. Kanak-kanak : Tidak terhad


Peraturan permainan :
1.       Pemain cuba mendapatkan ekor (sapu tangan) sebanyak mungkin dalam masa yang sama pemain cuba mempertahankan ekor masing-masing.


Cara bermain :
1.       Semua kanak-kanak ada ekor daripada sapu tangan
2.       Masing-masing cuba mendapatkan ekor lain dan mengumpul sebanyak mungkin
3.       Sampai suatu masa guru membunyikan wisel
4.       Kira berapa banyak sapu tangan yang dikutip oleh setiap murid
5.       Pengutip sapu tangan terbanyak adalah pemenang
6.       Permainan ini boleh diulang-ulang
















“ Main Kejar-Kejar “

Tujuan permainan :
1.       Menangkap pemain yang dikejar
2.       Bahan @ peralatan : Tiada
3.       Tempat : Kawasan lapang
4.       Bil. Kanak-kanak : lebih daripada 3 orang


Peraturan permainan :
1.       Siapa yang ditangkap akan menjadi pengejar


Cara bermain :
1.       Bagi menentukan pemain yang menjadi pengejar, pemain perlu membuat undian
2.       Undian dibuat dengan cara seorang membuka tangan dengan lebar. Pemain lain meletakkan jari telunjuk masing-masing dibawah tapak tangan
3.       Mereka akan menyebut, “Lam Alif” pemain yang tangan dibuka akan menutup dan menggenggam tangan
4.       Pemain lain akan cuba mencabutnya daripada genggaman
5.       Pemain yang jarinya tertangkap akan menjadi pengejar
6.       Pengejar akan mengejar pemain lain, jika pemain berasa dia akan disentuh, maka dia perlu duduk
7.       Seorang pemain berpeluang duduk sebanyak 3 kali sahaja apabila dikejar
8.       Apabila dia duduk bermakna dia terselamat daripada dikejar dan tidak boleh disentuh oleh pengejar
9.       Apabila pemain itu duduk untuk kali yang ketiga, dia tidak boleh bermain lagi sehingga permainan tamat
10.   Pengejar perlu menyentuh pemain lain supaya pemain itu dapat menjadi pengejar pula
11.   Permainan akan dimainkan semula




“ Lari Keliling Bulatan “


Senarai keperluan :
1.            Bahan @ peralatan : tiada
2.            Tempat : kawasan lapang
3.            Bil. Kanak-kanak : 10 – 20 orang ataupun semua kanak-kanak dalam kelas
4.            Peraturan permainan : setiap kanak-kanak akan mendapat satu nombor. Nombor yang disebutkan perlu lari dalam bulatan mengikut arah jam dan kembali semula apabila wisel dibunyikan

Cara bermain :
1.       10 hingga 15 kanak-kanak membuat bulatan. Kemudian mereka akan duduk dalam bulatan
2.       Setiap kanak-kanak akan diberi nombor di antara 1 hingga 4 secara berturutan
3.       Kad nombor diikat dengan tali dan digantungkan pada lehernya supaya mudah guru mengenal pasti nombor pada kanak-kanak dan kanak-kanak dapat mengecam nombor –nombor tersebut
4.       Guru juga mempunyai satu set kad nombor yang akan digunakan apabila guru menyebut ataupun memanggil nombor tersebut


Apabila guru menyebut nombor contohnya nombor 3, semua kanak-kanak yang memakai nombor 3 akan bangun.













“Perigi Racun”

Senarai keperluan :
1.            Bahan @ peralatan : gelung rotan
2.            Tempat : kawasan lapang
3.            Bil. Kanak2 : 4 – 6 orang


Peraturan permainan :

Mereka yang termasuk dalam perigi ( gelung rotan ) semasa tarik menarik akan mati.


Cara bermain :

1.            Buat beberapa kumpulan kecil yang mengandungi antara 4 hingga 6 orang kanak-kanak.
2.            Kanak-kanak berpegang tangan antara satu sama lain dalam bulatan
3.            Mereka cuba menarik antara satu sama lain dalam bulatan
4.            Masing-masing cuba mengelak daripada terpijak ataupun termasuk dalam bulatan
5.            Sesiapa yang terpijak ataupun terjatuh dalam bulatan dikira mati dan dikeluarkan daripada kumpulan